5 Kesilapan Biasa Ibu Ayah Semasa Ajar Anak Membaca

Tak dinafikan, ramai ibu ayah yang bersemangat nak ajar anak membaca. Tapi tanpa sedar, ada beberapa kesilapan yang selalu berlaku.

πŸ“– PERTAMA
Paksa anak belajar sedangkan anak belum bersedia. Setiap anak berkembang pada kadar yang berbeza. Jangan stress bila anak jiran dah pandai baca tapi anak sendiri belum lagi.

πŸ“– KEDUA
Fokus sangat pada hafalan huruf tanpa bina minat membaca. Cuba baca cerita bersama dulu. Biarkan anak jatuh cinta dengan buku sebelum belajar teknik.

πŸ“– KETIGA
Mudah hilang sabar dan marah bila anak lambat faham. Ingat ibu ayah, proses belajar ni perlu masa dan kesabaran. Anak boleh rasa stress dan hilang minat bila kena marah berterusan ketika belajar.

πŸ“– KEEMPAT
Guna kaedah yang terlalu susah untuk umur mereka. Mulakan dengan yang simple dulu. Contohnya, lagu ABC, cerita bergambar dan permainan huruf.

πŸ“– KELIMA
TAk bagi pujian bila anak dah cuba. Setiap usaha kecil patut disambut dengan gembira. Ini bina keyakinan mereka. Pastinya mereka akan menunjukkan usaha yang lebih baik selepas itu.

Yang paling penting, jadikan masa membaca tu suatu yang menyeronokkan. Bila anak happy, anak akan belajar dengan lebih mudah!

'Perjalanan' anak bukan sekadar membaca tapi lebih daripada itu. Semoga urusan ibu ayah semua dipermudah. πŸ’œ

Back to blog