Terms of service
Tarikh Kemaskini : 9 Mei 2025
Selamat datang ke laman sesawang KaryaNHI, https://karyanhi.com.
Sila baca Terma Perkhidmatan ini dengan teliti sebelum menggunakan laman sesawang atau membeli produk digital di sini.
Dengan mengakses laman sesawang ini, tuan puan bersetuju untuk terikat dengan terma yang dinyatakan di bawah.
1. Pengenalan
Laman ini dimiliki dan dikendalikan oleh KaryaNHI. Semua rujukan kepada "kami", "kita" atau "pengendali" merujuk kepada KaryaNHI.
2. Jenis Produk
Semua produk yang ditawarkan di laman sesawang ini adalah dalam bentuk digital dan akan dihantar melalui pautan muat turun atau e-mel selepas pembayaran disahkan.
3. Kegunaan Peribadi
Produk digital yang dibeli adalah untuk kegunaan peribadi pembeli sahaja dan tidak boleh :
- Dijual semula.
- Dikongsi secara percuma atau berbayar.
- Diedarkan semula dalam apa jua bentuk.
- Digunakan bagi tujuan komersial atau pendidikan formal tanpa kebenaran bertulis.
Kami berhak untuk mengambil tindakan undang-undang atas sebarang pelanggaran hak cipta.
4. Bayaran & Pembelian
Semua harga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) melainkan dinyatakan sebaliknya. Semua bayaran diproses melalui Billplz (gerbang pembayaran yang selamat dan dipercayai). Tuan puan akan diarahkan ke halaman pembayaran Billplz untuk menyelesaikan pembelian. Selain Billplz, pada waktu tertentu kami mengaktifkan pembayaran menggunakan PayPal.
Untuk makluman, pihak kami tidak menyimpan sebarang maklumat pembayaran seperti nombor kad kredit/debit. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan semasa pembayaran yang berpunca daripada pihak pembeli.
5. Polisi Pemulangan
Disebabkan jualan produk digital, semua pembelian adalah muktamad. Tiada pemulangan atau bayaran balik diberikan kecuali jika berlaku kesilapan teknikal dari pihak kami. Sila rujuk Refund Policy untuk maklumat lanjut.
6. Akses Produk
Selepas pembayaran disahkan, tuan puan akan menerima produk melalui:
- Pautan muat turun di laman pengesahan.
- E-mel yang dihantar secara automatik.
Sekiranya anda tidak menerima produk dalam tempoh 15-30 minit, sila semak kotak spam.
7. Hak Kami
Kami berhak untuk:
- Mengubah harga atau spesifikasi produk pada bila-bila masa tanpa notis awal.
- Menyemak dan mengubah kandungan laman sesawang ini.
- Menamatkan akaun atau akses jika terdapat pelanggaran terhadap Terma ini.
8. Perubahan Terma
Kami boleh mengubah Terma Perkhidmatan ini pada bila-bila masa. Sila semak halaman ini dari semasa ke semasa. Terma yang dikemaskini akan berkuat kuasa serta-merta setelah disiarkan.
9. Hubungi Kami
Jika tuan puan mempunyai sebarang soalan berkenaan terma ini, sila hubungi:
💌 E-mel : officialkaryanhi@gmail.com