Panduan Ibu Bapa

👀 Kepada mak ayah yang ada anak di prasekolah dan guru yang ajar murid prasekolah dan sekolah rendah, jangan abaikan perkara macam ini.

 Ketika ajar anak mengenal huruf, kena pastikan anak kenal bentuk huruf.

Sebagai guru dan ibu bapa, sudah tentu kita tak nak anak kita...

❌ Tahu sebut huruf tapi tak kenal huruf bila kita tunjuk huruf.

❌ Tahu sebut, kenal huruf tapi tak kenal bentuk huruf yang betul. 

KIta semestinya nak anak kita...

Tahu sebut huruf, kenal huruf, kenal bentuk huruf yang betul dan dapat menulis huruf dengan cantik dan kemas.


Tidak dinafikan, ada sebilangan guru dan mak ayah yang belum faham dan belum kenal sepenuhnya bentuk huruf yang betul. 

Untuk  mak ayah yang ada anak masuk prasekolah dan sekolah rendah, di bawah ini merupakan contoh huruf yang betul dan sesuai untuk diperkenalkan kepada mereka.


Pentingnya menguasai bentuk huruf ini kerana tulisan anak-anak kita ini akan terus 'dibawa' hingga ke tahun-tahun seterusnya.

Sebenarnya, ada banyak lagi huruf yang perlu diberi penekanan. Nantikan panduan seperti ini pada post yang akan datang. Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat untuk kita semua.


💬 Kepada cikgu dan mak ayah yang nak bantu anak-anak menulis dengan cantik dan kemas, boleh dapatkan Bundle Tulisan Cantik dan Kemas di sini : Set Promo Tulisan Cantik & Kemas
Back to blog