Rahsia Pegangan Pensel yang Betul

Ramai ibu ayah risau bila anak mula masuk tadika atau prasekolah tapi belum boleh pegang pensel dengan betul. Jika pegangan pensel pun tak betul, sudah tentu ia bagi kesan pada tulisan anak-anak.

Di sini, saya kongsikan rahsia pegangan pensel yang betul iaitu...

 Mantapkan Kemahiran Motor Halus Anak

Kemahiran motor halus sangat penting untuk anak-anak kerana ia menjadi asas kepada keupayaan memegang pensel dengan betul dan menulis dengan lancar.

1. Kawalan Otot Jari dan Tangan

Motor halus merujuk kepada pergerakan otot kecil pada bahagian jari dan pergelangan tangan.Tanpa kekuatan dan koordinasi yang baik...

  • Anak susah menggenggam pensel dengan stabil.
  • Pegangan jadi terlalu longgar atau terlalu ketat.
  • Tulisan jadi tidak kemas.

2. Ketahanan Tangan Semasa Menulis

Kemahiran motor halus juga bantu anak menulis dalam tempoh lebih lama tanpa rasa penat. Tapi jika otot tangan lemah...

  • Anak akan rasa mudah letih.
  • Anak mudah hilang fokus semasa latihan menulis.
  • Bermula fasa anak rasa 'menulis' itu tidak menyeronokkan.

3. Perkembangan Tulisan Kemas

Tanpa asas motor halus yang kukuh, anak cenderung untuk...

  • Tulis huruf yang tidak sekata saiznya. Sebab tu, jika perasan kadang anak tulis huruf tu terlalu besar, terlalu kecil besar dan kadang 'berombak-ombak'.
  • Gagal kawal tekanan pada pensel.
  • Sukar ikut garis atau bentuk huruf dengan tepat.

4. Asas Kepada Aktiviti Lain

Pegangan pensel hanyalah satu daripada banyak kemahiran yang bergantung pada motor halus termasuklah...

  • Aktiviti menggunting.
  • Aktiviti mewarna.
  • Aktiviti menyusun objek kecil.
  • Aktiviti membutangkan baju atau zip.

Tanpa kemahiran motor halus yang baik, anak-anak akan bergelut dalam proses awal menulis walaupun mereka kenal huruf. Itulah sebabnya guru banyak buat aktiviti menyusun manik, bermain doh, koyak kertas dan menggunting di tadika dan prasekolah. Aktiviti begini sebenarnya sangat penting untuk tingkatkan kemahiran motor halus murid. Cikgu di sekolah bukan 'saja-saja' buat aktiviti macam tu.

Biasanya di sekolah, sebelum belajar menulis, guru akan mantapkan kemahiran motor halus murid terlebih dahulu. Jadi, ibu ayah juga boleh gunakan beberapa aktiviti yang boleh tingkatkan kemahiran motor halus anak sebelum ‘paksa’ mereka menulis dengan cantik.

Saya kongsikan 7 aktiviti motor halus sesuai ibu ayah gunakan untuk anak 4-6 tahun di rumah.

1. Perah Span Basah

⭐️ Tujuan : Kuatkan otot tapak tangan dan jari.

⭐️ Cara : Bagi anak span basah. Kemudian, minta anak perah span dan isi air ke dalam bekas lain.

2. Main Doh 

⭐️ Tujuan : Latih genggaman, cubitan dan tekanan.

⭐️ Aktiviti : Uli dan gentel doh jadi bola, ular atau bentuk huruf dengan kreatif.

3. Pindahkan Kacang Guna Penyepit

⭐️ Tujuan : Latih koordinasi mata dan tangan serta otot halus.

⭐️ Cara : Gunakan penyepit kecil untuk pindahkan kacang dari satu bekas ke satu bekas yang lain. Boleh tentukan tahap kesukaran aktiviti. Contohnya, bermula jarak dekat hingga jarak sedikit jauh.

4. Straw dan Lidi

⭐️ Tujuan : Latih ketepatan dan kawalan jari.

⭐️ Cara : Minta anak masukkan straw (yang dipotong kecil) pada batang lidi.

5. Latihan Tracing Garisan dan Bentuk

⭐️ Tujuan : Latih kawalan pensel dan gerakan halus.
⭐️ Cara : Gunakan lembaran kerja yang sesuai (garisan lurus, lengkung dan bentuk asas).

6. Koyak Kertas

⭐️ Tujuan : Kuatkan otot jari.

⭐️ Cara : Minta anak koyakkan kertas kosong mengikut saiz berbeza (kertas saiz kecil, sederhana, besar). Boleh juga gunakan kotak nipis.

7. Aktiviti Gunting dan Lekat

⭐️ Tujuan : Kuatkan kawalan jari dan genggaman gunting.

⭐️ Aktiviti : Gunting bentuk mudah dan lekat mengikut bentuk yang betul. Boleh juga minta anak gunting straw. Pastikan aktiviti melibatkan objek tajam macam ni dilakukan dengan bimbingan ibu ayah.

Jika ibu ayah utamakan kemahiran motor halus anak-anak, sudah pasti anak-anak boleh pegang pensel jauh lebih baik selepas ini. Bila pegangan pensel dah kuat, tentu tulisan makin cantik dengan panduan modul yang betul.

Untuk anak-anak yang dah mantap pegangan pensel, boleh beralih ke fasa seterusnya iaitu berlatih menyurih dan menulis huruf dengan cantik. 

Klik sini untuk dapatkan Bundle Modul Tulisan, pilihan terbaik bantu anak tulis cantik dan kemas!

Jemput baca.
Moga bermanfaat.

Back to blog

Leave a comment