Skip to product information
1 of 4

Bahan 11 & 12 : Api v+kv & Kad v+kv

Bahan 11 & 12 : Api v+kv & Kad v+kv

Regular price RM5.00
Regular price Sale price RM5.00
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.

Bahan 11 : Api v+kv & Bahan 12 : Kad v+kv

Bahan yang digunakan;
1. PDF Api v+kv" 
✅ Semua gambar api dan alat pemadam api tu saya print ikut saiz asal (saiz A4). Print saja. Tak ada nak ubah setting.
✅ Bahan kali ni saya guna ‘waterproof glossy photo paper’ 135/gsm. Jadi tak laminate. Warna pun super wow dengan tema apinya tu.

2. Gunting
✅ Gunting api dan pemadam api dengan penuh sabar ya. Memang sukar sikit tapi insya-Allah berbaloi. Kanak-kanak kalau nampak, mereka jika tak pandai baca pun bila nampak dah hias depan kelas/ bilik belajar tu, mesti teruja nak tahu apa. Boleh terus timbulkan minat membaca.

Cadangan Aktiviti ;
🔎  Kesepaduan Tunjang
👉 Tanya tentang api, alat yang boleh padamkan api. Pekerjaan yang berkaitan.
👉 Terapkan aspek keselamatan, pengetahuan am. Cara meminta tolong.
👉 kata kunci : api, alat pemadam api, bomba, tolong, air, bahaya...

🔎 Perkenalkan bahan mengajar dan perjalanan aktiviti.
👉 Kenalkan api yang mempunyai perkataan v+kv (v : a, kv : pi, = a+pi / v+kv)

👉 Tunjuk cara melaksanakan aktiviti  “Api v+kv".
1. Kenalkan gambar yang terdapat pada kad alat pemadam api. Anak/murid teka gambar. Kemudian kita beritahu mereka. Barulah kenalkan dengan perkataan bagi gambar tersebut.
2. Boleh berikan kad alat pemadam api (gambar) pada setiap murid. Murid dikehendaki membawa alat pemadam api ke hadapan kelas dan diminta memadamkan api yang sesuai dengan alat pemadam api tersebut.
Contoh; Murid yang memegang alat pemadam api ‘alu’ kena cari api ‘alu’.
3. Boleh juga jadikan sebagai simulasi/main peranan mengikut kreativiti masing-masing.
4. Selain secara kelas, jika dibuat di Sudut Bahasa, murid boleh gunakan untuk aktiviti padankan alat pemadam api dengan kad api yang sesuai mengikut perkataan yang betul. 
5. Kad api juga boleh dijadikan bahan rujukan dan bacaan untuk murid membaca serta menulis di meja masing-masing.

✔️ Sesuai dijadikan sebagai kad aktiviti atau kad bacaan anak / murid.

💌 Softcopy (PDF)

 

Catatan : Ini antara koleksi bahan bantu mengajar Bahasa Melayu. Sesuai dijadikan bahan bacaan dan kad aktiviti di Sudut Bahasa. Boleh wujudkan Sudut Bahasa sama ada di bilik belajar anak atau di dalam kelas. Klik sini untuk lihat semua koleksi bahan Sudut Membaca.

View full details