Skip to product information
1 of 6

Bahan 13, 14 & 15 : Bola kv+kv

Bahan 13, 14 & 15 : Bola kv+kv

Regular price RM5.00
Regular price Sale price RM5.00
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.

Bahan 13 : Bola kv+kv (Jaring Bola Tampar)

Bahan 14 : Bola kv+kv (Suku Kata Hitam Merah)

Bahan 15 : Bola kv+kv (Suku Kata Hitam)

Bahan yang digunakan;
1. PDF "Jaring Bola kv+kv" 
✅ Untuk jaring dan bola tampar tu saya print ikut saiz asal (saiz A4).
✅ Bahan ni pun saya print guna ‘waterproof glossy photo paper’ 135/gsm. Kalau print guna A4 biada pun boleh. Lepas tu, laminatekan ya.

2. Gunting
✅ Gunting dengan penuh sabar juga. Bulat ni memang mencabar sikit.
✅ Untuk jaring tu, ada 2 kan. 1 jaring ada bola gambar, 1 lagi jaring ada bola perkataan. Gunakan 2 jaring ni. Gunting dan tampal sebelah menyebelah. Ingat, kena ambil 2 jaring berbeza jika nak jaring tu dapat ditampal sempurna sebelah menyebelah (harap faham yang ni, macam berbelit dah).
✅ Lepas lekat jaring depan belakang, nak stabilkan kaki jaring tu, saya lekatkan batang aiskrim bahagian depan dan belakang kaki tu. Kemudian, untuk tapak pula, gunakan block kanak-kanak tu saja. Saya lekat guna 'tack-it' saja. 

Cadangan Aktiviti ;
🔎  Kesepaduan Tunjang
👉 Tanya tentang permainan yang digemari, bola tampar, bentuk bola, warna... 
👉 kata kunci : bola, tampar, sambut, fokus, pemain, jaring, gelanggang

🔎 Perkenalkan bahan mengajar dan perjalanan aktiviti.
👉 Kenalkan bola tampar yang mempunyai perkataan kv+kv dan gambar kv+kv. Perkenalkan gambar dahulu untuk mudahkan aktiviti bermain bola tampar tu nanti.

👉 Perasan tak pada jaring tu bola sebelah kanan dan kiri. Ni boleh variasikan aktiviti.
1. Kiri tu boleh lekat gambar, kanan pula perkataan berdasarkan gambar sebelah kiri.
2. Boleh gunakan untuk pembentukan frasa.
Contohnya, baju biru, kira kuda...

👉 Aktiviti boleh dilakukan;
1. Ibu bapa/guru lekat gambar, murid cari perkataan yang betul. (Lekat ni boleh gunakan velcro dot kalau ada. Kalau tak ada, boleh gunakan penyepit pakaian juga).
2. Kawan sebut perkataan, kawan lain cari gambar pada bola.
3. Untuk permainan guna jaring dua bahagian tu, ibu bapa/guru boleh ambil bola bergambar (contoh ceri), murid di bahagian hadapan gelanggang pula kena cari bola yang ada perkataan ceri (bola perkataan / gambar ni boleh siap susun di tepi gelanggang ya). Murid ambil bola ceri kemudian boleh buat simulasi tampar bola ke gelanggang sebelah pula. Nanti boleh rujuk gambar ya.

👉 Jaring besar : jaring ni ada juga dalam pdf yang sama. Boleh print dan gunakan sebagai "jaring pembelajaran hari ini". Jika hari ni belajar lima perkataan, boleh tampal/lekat 5 biji bola pada jaring tu. Bola tu pula saya print guna PDF "Bola kv+kv (hitam merah). Nanti rujuk gambar juga.

👉 Untuk bacaan, ibu bapa/guru boleh print PDF "Bola kv+kv (hitam) @ (hitam merah)" dan jadikan buku. Ni jika tak nak gunting-gunting.

💌 Softcopy (PDF)

 

Catatan : Ini antara koleksi bahan bantu mengajar Bahasa Melayu. Sesuai dijadikan bahan bacaan dan kad aktiviti di Sudut Bahasa. Boleh wujudkan Sudut Bahasa sama ada di bilik belajar anak atau di dalam kelas. Klik sini untuk lihat semua koleksi bahan Sudut Membaca.

View full details