Skip to product information
1 of 4

Bahan 2 : Epal v+kvk

Bahan 2 : Epal v+kvk

Regular price RM5.00
Regular price Sale price RM5.00
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.

 Bahan 2 : Epal v+kvk

Bahan yang digunakan;

1. PDF "Epal V+KVK" 
✅ Epal tu print saiz A4 
✅ Pokok tu kalau nak besar, boleh print klik 'poster'. Masukkan nak berapa peratus. Nanti rujuk contoh saya bagi ya.

2. Mesin Laminate & Gunting
✅ Gunting epal dan laminate
✅ Gunting lagi selepas laminate

3. Velcro Dot Tape dan Bakul Kecil
✅ Lekat velcro dot pada pokok dan kad epal tu.
✅ Kad-kad epal boleh masukkan dalam bakul kecil atau bekas yang bersesuaian.
✅ Letak bakul tu berhampiran Pokok Epal V+KVK bagi memudahkan anak/murid guna bila-bila masa.

Cadangan Aktiviti ;

🔎 Tanyakan anak/murid mengenai pokok/epal.
👉Kira buah epal
👉Warna epal (warna selain merah)
👉Kebaikan buah epal

🔎 Pancing emosi anak/murid (guna simulasi/dialog/main peranan/mimik muka).
👉Mama lapar, boleh tolong mama ambilkan buah epal tu? Tapi sebelum petik buah epal tu, kena baca perkataan dulu. 
👉Anak akan tiru dialog, dan kita boleh tunjukkan cara membaca yang betul. Ulang hingga anak tahu kita tu baca salah (pura-pura baca perkataan yang salah : ubat baca ubal, ikan baca ukan).
Biarkan anak betulkan perkataan yang kita baca.
👉 Boleh adakan main peranan/lakonan antara murid dan rakan (berpasangan @ berkumpulan)
👉 Murid yang dapat baca boleh lekat buah epal/boleh petik buah epal masuk bakul masing-masing
👉 Murid yang belum dapat baca lancar, boleh bawa kad epal ke meja dan baca serta tulis pada buku latihan.

🔎 Bagi ganjaran kecil yang bermakna untuk hargai usaha anak/murid membaca.
👉 Murid yang dapat banyak baca kad epal, boleh bagi hadiah, sebiji buah epal sebelum balik rumah.
👉 Murid yang ada usaha semasa aktiviti ini, boleh beri kad epal juga sebagai hadiah. 
👉 Boleh berikan gambar epal untuk aktiviti mewarna di rumah.
👉 Beri pujian dan galakan juga salah satu ganjaran kecil untuk beri semangat pada anak/murid.

🔎 Penglibatan ibu bapa bersama anak / murid bersama kawan 
👉 Buat aktiviti cari kad epal yang disembunyikan di bilik/kelas
👉 Kesepaduan tunjang - Matematik Awal dan Sains Awal (Mengira, membanding lebih banyak/sedikit, mengenal bahagian pokok)

🔎 Aktiviti secara kelas
👉 Berikan epal v+kvk kepada lima orang murid, panggil ke hadapan kelas.
👉 Murid lain baca perkataan pada kad epal yang ditunjukkan oleh kawan di hadapan kelas.
👉 Perkataan yang dapat dibaca membolehkan murid tersebut duduk semula di kerusi masing-masing.
👉 Terapkan nilai kerjasama / tolong kawan.

💌 Softcopy (PDF)

 

Catatan : Ini antara koleksi bahan bantu mengajar Bahasa Melayu. Sesuai dijadikan bahan bacaan dan kad aktiviti di Sudut Bahasa. Boleh wujudkan Sudut Bahasa sama ada di bilik belajar anak atau di dalam kelas. Klik sini untuk lihat semua koleksi bahan Sudut Membaca.

View full details