Bahan 3 : Teh kvk
Bahan 3 : Teh kvk
Couldn't load pickup availability
Bahan 3 : Teh kvk
Bahan yang digunakan;
1. PDF "Teh KVK"
✅ Uncang teh tu saya print ikut saiz asal (saiz A4)
✅ Teko tu boleh print besar, klik 'poster'. Saya klik poster dan taip 124% pada tile scale tu.
✅ Cawan teh pula 175% (poster juga)
✅ Cawan teh hitam putih pula 124% (poster)
🖨 Rujuk gambar contoh saya bagi kat bawah ni ya.
2. Mesin Laminate & Gunting
✅ Gunting teko, ucang teh dan laminate
✅ Gunting lagi selepas laminate
✅ Sebab teko dan cawan tu besar, saya gunting kemudian lekat separuh bahagian barulah laminate. Maknanya ada dua bahagian. Dah siap laminate, barulah lekatkan kedua-dua bahagian teko/cawan tu ya.
3. Velcro Dot Tape, paper punch, chenille stems/pipe cleaners warna-warni.
✅ Pada uncang teh tu, bahagian atas saya punch dan lilitkan pipe cleaners warna warni tu.
✅ Di bahagian belakang uncang teh pula saya lekatkan velcro dot tu.
✅ Lubang pada uncang tu berguna untuk kita ringkan supaya tak mudah hilang. Boleh buka satu per satu jika buat aktiviti. Begitu.
Cadangan Aktiviti ;
🔎 'Berkenalan' dengan air teh
👉 Tanyakan warna air teh, rasanya, teksturnya.
👉 Tanyakan ahli keluarga yang suka minum aie teh di rumah.
👉 kata kunci : uncang teh, teko, cawan, gula, sudu, warna
🔎 Perkenalkan bahan mengajar dan perjalanan aktiviti .
👉 Kenalkan uncang teh yang mempunyai perkataan kvk
👉 Tunjuk cara melaksanakan aktiviti "Teh KVK".
1. Kenalkan gambar pada uncang teh. Anak/murid teka gambar. Kemudian kita beritahu mereka. Barulah kenalkan dengan perkataan bagi gambar tersebut.
2. Boleh berikan uncang teh (perkataan) pada setiap murid. Murid dikehendaki membawa uncang teh ke hadapan kelas dan memasukkan/melekatkan pada cawan apabila guru menunjukkan gambar kvk.
3. Murid juga boleh diminta menulis perkataan kvk pada cawan. Sediakan tiga uncang teh (perkataan kvk) yang berbeza. Minta murid baca dan pilih perkataan yang betul.
4. Selain secara kelas, jika dibuat di Sudut Bahasa, murid boleh gunakan untuk aktiviti jual beli uncang teh, hidang air teh dan kira uncang teh.
5. Uncang teh juga boleh dijadikan bahan rujukan dan bacaan untuk murid membaca serta menulis di meja masing-masing.
Banyak lagi aktiviti yang boleh dilaksanakan menggunakan bahan ini.
💌 Softcopy (PDF)
Catatan : Ini antara koleksi bahan bantu mengajar Bahasa Melayu. Sesuai dijadikan bahan bacaan dan kad aktiviti di Sudut Bahasa. Boleh wujudkan Sudut Bahasa sama ada di bilik belajar anak atau di dalam kelas. Klik sini untuk lihat semua koleksi bahan Sudut Membaca.
Share
