Dalam BBM PI Bundle Jun, tuan puan akan dapat 5 PDF berkaitan Huruf Hijaiyah (tema kucing) ;
1. Cuba Tulis Huruf Hijaiyah : 30 m/s ✔️ Separuh kertas bagi setiap huruf diberi ruangan kosong untuk bagi peluang anak/murid cuba menulis bentuk huruf. Beri kebebasan pada mereka untuk 'meluahkan' bentuk huruf yang dipelajari menerusi tulisan mereka. Biarkan saiz huruf itu kecil, besar, senget, biar mereka lakar/tulis dengan kreatif. Latihan ini mudahkan kita kenal pasti anak/murid sudah kenal bentuk huruf atau tidak. Fokus bentuk dahulu, bukan terus ajar tulisan cantik.
2. Surih Huruf Hijaiyah : 31 m/s ✔️ Sini dah mula latih anak/murid tulis huruf dengan cara yang betul. Surih dan banyakkan latihan.
3. Kad Huruf Hijaiyah : 30 m/s ✔️ Gunakan untuk set induksi, game atau latihan sebut huruf.
4. Kad Aktiviti Huruf Hijaiyah (Aktiviti Bebas) : 30 m/s ✔️ Laminatekan bahan. ✔️ Boleh guna untuk aktiviti kreatif/motor halus. ✔️ Minta murid tulis guna marker pen, bentukkan doh ikut huruf atau susun batu /pemadam mini pada huruf.
5. Kad Aktiviti Huruf Hijaiyah (Kucing Cari Ikan) : 12 m/s ✔️ Laminatekan bahan. ✔️ Anak/murid boleh bermain sambil belajar dengan aktiviti "Kucing Cari Ikan". Contohnya, kucing 'ba' kena cari ikan yang ada huruf 'ba'. ✔️ Sesuai untuk aktiviti berkumpulan / berpasangan / individu.